Tuesday, July 27, 2010

FIESTA DURIAN 2010 @ MUZIUM TELEKOM..


Salam

Entry - Durian lagik + buah-buahan laen...

malas mau cite pnjng2..just bc la info nie ye...huk3

Muzium Telekom akan menganjurkan pelbagai acara menarik di sepanjang tahun 2010 bersempena dengan Sambutan Ulangtahun ke-16 Muzium Telekom. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Muzium Telekom dengan kerjasama Federal Agriculture Marketing Authority (FAMA), iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, akan mengadakan "Fiesta Durian 2010 @ Muzium Telekom" iaitu jualan buah-buahan secara besar-besaran selama tiga hari berturut-turut. Oleh itu, pihak Muzium Telekom dengan berbesar hati menjemput semua untuk mengunjungi gerai-gerai jualan buah-buahan seperti berikut:

Tarikh : 27 Julai 2010 hingga 29 Julai 2010
Masa : 10 pagi - 8 malam
Tempat : Laman Muzium Telekom, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur

Pengunjung akan berpeluang untuk menyertai program berikut :

a) Bayar RM15 untuk makan durian sampai kenyang (eat-till-you-drop)
b) Kuiz Buah-buahan Tempatan Malaysia
c) Peraduan meneka berat buah-buahan tempatan
d) Pertandingan Makan Durian

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Muzium Telekom di talian 03-2031 9966.





sape2 yg rase nk layan buah2an tempatan bleh la curik sket mase korang tuk g...hu3


end

0 comments: