Monday, October 19, 2015

2nd Pregnancy Journey : Mengidam #throwback

As Salam

Alhamdulillah.. Sekarang "adik" sudah berusia 16 minggu ( 4 bulan )..
Kalo ikut info buku, skrg 1 badan adik sudah ditumbuhi bulu2 halus, sudah berukuran dalam lingkungan 11cm & sudah seberat 100grm.

Sepanjang tempoh morning sickness ni, aku rase mcm perasaan mengidam tu tak terlalu ketara berbanding mase pregnant-kan Qaisara...

Aku rase perasaan mengidam tu sudah di-transfer kepada HATA..
Gambar sekadar hiasan..
** Siapa lagi tembam??kahkah

At the 1st 2.5 months pregnant, Hata sangat suka makan TOMYAM PUTIH SOTONG.. Pergi la mane-mane kedai tomyam / seafood.. Itu aje la menu utamanya.. Sampaikan aku dah rase loya tiap kali tengok menu tu. Sampaikan 1 tahap aku merayu ( mcm over sgt tuh..haha) pada Hata supaya x order menu itu. Kalau order lagi, aku boleh muntah dekat situ jugak..haha

Lagi satu..Aku adalah peminat TEGAR - UDANG..tapi mase 2-3 bulan pregnant, jangan kata tengok yg real.. Orang sebut nama and tengok gambar dalam newspaper pun aku dah rasa loya.. Terukkan penangannya disitu?hoho

Hari tu mase blk kg.. Time tu 1 malam tidur rumah kak cik before htr Hata ke ETS esok paginya..Beriya-iya aku mintak my kak cik masakkan ikan siakap 3 rasa.. Bile tengok je SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS..terus aku x sentuh langsung ikan .. Aku minta Hata je wakilkan aku habiskan sekor ikan tu...kiki

Sekarang, kalo setakat 2 pinggan nasi tu, senang2 je Hata boleh habiskan..
LEPAS makan, Hata MESTI mencari mknn lain utk buat kudap2..
Hari tu lepas makan nasi, x sampai 15 minit, aku tengok Hata selamber je mngunyah jeruk buah kedondong depan aku...Sekarang jeruk mmg x lekang dari dalam peti sejuk rumah.. Ade je stock..kiki..Berselera betul nampaknya..haha..

Masa blk KB time banjir hari tu, my FIL dah tegur Hata.. Kenapa nampak makin berisi..Ape nak jawab???

Tak sabar nak tggu morning sickness ni habis...huhu




 #throwback
End.

0 comments: